POlish

3 Tips Untuk Kereta Anda Kekal Berkilat.

2024-03-06

3 Tips Untuk Kereta Anda Kekal Berkilat. | EV MALAYSIA : Kereta sememangnya merupakan kenderaan serba guna dan paling banyak digunakan di atas jalan raya. Ia sering menjadi pilihan orang ramai kerana kebanyakan ruang kenderaan ini mesra keluarga.

Berkilat

Bukan sahaja itu, kereta juga dapat melindungi anda daripada cuaca yang tidak menentu seperti hujan dan panas terik. Berbanding motosikal, kereta juga dilengkapi dengan penghawa dingin yang membuatkan ia selesa untuk pemanduan jarak jauh.

Walau bagaimanapun, body kereta yang besar membuatkan ia mudah terdedah kepada kerosakan khususnya di bahagian luaran seperti calar dan cat kereta yang semakin pudar.

Lebih-lebih lagi, kereta anda sentiasa terdedah dengan cuaca hujan dan panas. Secara tidak langsung, ia membuatkan cat kereta anda semakin luntur.

Sekiranya anda mempunyai kenderaan sendiri, pasti yang anda mahukan terhadap kenderaan adalah untuk ia sentiasa kelihatan cantik, bersih, dan seperti baru.

Jadi bagaimanakah cara penjagaan cat kereta agar ia sentiasa kelihatan bersinar? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian James_alatin di bawah.

Tiga Tips Wajib Buat Kalau Nak Jaga Cat Kereta Sentiasa Nampak Glossy
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, lelaki terbabit menjelaskan terdapat tiga langkah yang boleh dilakukan oleh pemilik kenderaan untuk menjaga cat kereta.

Polish

Maklumnya dalam rakaman berdurasi 35 saat itu, perkara pertama yang wajib buat untuk penjagaan cat kereta adalah polish. Seperti yang diketahui kaedah ini bertujuan bagi memastikan kenderaan anda berkilat.

Wax Kereta

Selain itu, anda juga boleh melakukan wax terhadap kereta agar ia kelihatan lebih bersinar. Walau bagaimanapun, langkah ini perlu diulang kembali dalam masa satu atau dua bulan sekali untuk hasil yang terbaik.

Coating

Langkah yang ketiga bagi mengekalkan dan penjagaan cat kereta anda termasuklah dengan melakukan coating.

“Tapi kalau anda malas nak pergi buat wax dalam masa satu hingga dua bulan anda boleh buat coating,” katanya dalam video tersebut.

Reaksi Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan komen positif dengan kandungan yang dimuat naik itu. Sebahagian daripada mereka turut menuai persoalan dan perbandingan terbaik antara kesemua kaedah tersebut.

@james_alatin 3 Tips Jaga Cat Kereta Anda Untuk Sentiasa Nampak Seperti Baru & Hansem #alatin #james_alatin #kereta #car #carmalaysia #tiktokmalaysia #education #cermin #cermingelap #tinted #tintedwindows #tiktokguru #polish #wax #coating #cat ♬ original sound – James_Alatin

 

Sumber: TikTok @James_alatin  

 

Jika anda nak tahu tempat percutian yang menarik boleh ke website kami : TEMPAT PERCUTIAN

Artikel Lain