Kerajaan Kaji Pengecualian Caj Parkir Kenderaan Elektrik. | EV MALAYSIA : Kerajaan dilaporkan sedang menimbangkan cadangan parkir percuma untuk kenderaan elektrik (EV) khususnya di kawasan bandar. Cadangan insentif terbaharu itu bertujuan mempercepat dan menggalakkan lebih ramai pemilik beralih daripada kenderaan berasaskan trenkuasa konvensional kepada EV.
Beberapa media melaporkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, cadangan parkir tanpa caj itu kini diperingkat perbincangan. Terdahulu, Kementerian Pengangkutan pernah menyuarakan cadangan memperkenalkan nombor plat khas untuk EV. Akhbar The Star melaporkan Kor Ming sebagai berkata.
KAJI PENGECUALIAN PARKING
Kami sedang mengkaji kemungkinan memberi pengecualian (bayaran) parkir untuk kereta-kereta EV. Sebagai faktor pendorong untuk lebih ramai orang membeli EV berbanding kereta berasaskan bahan api fosil.”
Beliau juga berkata, Kementeriannya sedang berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menimbangkan kebolehlaksanaan cadangan tersebut.
Mengambil contoh London, Kor Ming menyatakan ibu kota Britain itu mengenakan caj kesesakan kira-kira RM90. Untuk setiap kemasukan kenderaan trenkuasa pembakaran dalaman (ICE) ke kawasan bandar, manakala EV dikecualikan caj parkir.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bulan lalu mengumumkan struktur harga cukai jalan untuk EV yang mana kadarnya 85 peratus lebih murah berbanding harga cadangan sebelumnya.
PRO-NET sasar 30 cawangan pengedar jenama EV Proton e.MAS
Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) menyasarkan untuk mencapai 30 cawangan pengedar Proton e.MAS. Jenama kenderaan elektrik (EV) pertama PROTON menjelang 2025, dengan pelan pembesaran fleksibel berdasarkan permintaan yang tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, berkata dengan penambahan rangkaian pengedar Proton e.MAS. PRO-NET berhasrat untuk memimpin industri kereta nasional dalam memanfaatkan perubahan kepada EV untuk membina masa depan yang lebih lestari.
“Pengedar kami bukan sekadar untuk menjual kenderaan. Malahan menyediakan pusat inovasi dan pembelajaran yang bertujuan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada pengguna. “
“Inisiatif ini menunjukkan komitmen kami untuk membina kepercayaan yang lebih kukuh dalam kalangan pelanggan dan kami bertekad menjadi peneraju bagi segmen kereta nasional dalam sektor EV,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
17 PENGEDAR RASMI PROTON e.MAS
PROTON mengumumkan pelantikan 17 pengedar rasmi Proton e.MAS yang pertama dalam majlis menandatangani perjanjian semasa pelancaran jenama Proton e.MAS pada 12 Jun lalu dan sehingga kini jumlahnya bertambah kepada 18 pengedar di seluruh Malaysia.
17 daripada cawangan ini ditempatkan secara strategik di seluruh Semenanjung Malaysia iaitu di tiga Kuala Lumpur, empat di Selangor, dua di Johor, tiga di Perak, dua di Pulau Pinang, satu di Kedah, satu di Kelantan dan satu di Pahang. Manakala satu cawangan di Malaysia Timur terletak di Sabah.
Qiang berkata, dengan perkembangan revolusi kenderaan elektrik. Misi PRO-NET untuk mempromosikan penggunaan EV serta menyediakan laluan kerjaya bagi individu yang berminat dengan mobiliti lestari.
Sehubungan itu, beliau berkata. PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat dan komited menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di Alor Setar, Kuala Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Sandakan, dan Tawau.
“Pengembangan portfolio ini menandakan pencapaian yang signifikan dalam memperluas rangkaian pengedar Proton e.MAS yang diuruskan oleh PRO-NET. Bagi mengajak lebih ramai rakan kongsi untuk menyertai PROTON dan menjadikan kenderaan elektrik lebih mudah diakses oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Qiang berkata, pengembangan strategik ini menegaskan komitmen PRO-NET untuk menyediakan rangkaian yang mudah diakses. Sokongan menyeluruh kepada pelanggan di seluruh negara demi melangkah ke mobiliti masa hadapan dan lestari bersama Proton e.MAS.
Cawangan-Cawangan
“Cawangan-cawangan ini beroperasi di bawah model rangkaian komprehensif. Dari pusat 1S hingga ke pusat 3S untuk memastikan pelanggan menerima perkhidmatan yang menyeluruh dari setiap aspek.
“Pembangunan ini menunjukkan dedikasi PRO-NET untuk memulakan ekosistem yang serba lengkap dan komprehensif dalam memastikan kesiapsediaan kepada bakal pemilik Proton e.MAS.
“Rakan kongsi PRO-NET juga penting dalam menyediakan ruang komuniti untuk pengalaman yang luar biasa, platform digital yang lancar, perkhidmatan selepas jualan, serta pilihan pengecasan,” katanya.
Ajak rakan anda bercuti di Vietnam dengan pakej vietnam. Harga yang berbaloi dan murah. Banyak tempat-tempat menarik yang bakal anda lawati.