proton

Ini Nama Rasmi Model Kereta Elektrik Proton.

2024-07-17

Ini Nama Rasmi Model Kereta Elektrik Proton. | EV MALAYSIA : KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) akan memperkenalkan model kenderaan elektrik (EV). Pertama yang dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat itu dengan kerjasama Geely seawal tahun depan.

proton

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah, berkata pengeluar kereta nasional itu sedang menguji jentera model EV terbabit selepas proses reka bentuk dan prototaip siap dibangunkan.

“Peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi reka bentuk dan prototaip sudah siap. Pembangunannya dilaksanakan di China. Kami sedang menguji EV serba baharu ini sebelum menunggu proses pengeluarannya. Tarikh akan dimaklumkan kemudian. Jom tengok sini tempat makan best . Kami ada menyediakan list-list kedai makan yang best untuk anda rasai.

“Kalau boleh kami amat mengharapkan ia dapat dilancarkan lebih awal (dari awal tahun depan),” katanya

Mengulas lanjut, Roslan berkata, model EV pertama yang belum dapat didedahkan dalam segmen tertentu itu akan memiliki versi Proton dan Geely. Iaitu terdapat unit pemanduan sebelah kiri dan kanan masing-masing untuk pasaran Malaysia serta eksport.

“Bagi model pasaran Malaysia, PROTON turut memberikan input mengikut kesesuaian penggunaannya di negara ini,” katanya.

DIPASANG DI CHINA

Berhubung pengeluaran EV pertama PROTON, beliau menjelaskan, peringkat permulaan, ia akan dipasang di China memandangkan di sana sudah ada memiliki kemudahan yang diperlukan.

“Jika mahu terus dihasilkan di Malaysia, kita perlukan kemudahan baharu. Kerajaan mahu cepat (pengeluaran EV oleh PROTON), maka kami perlu berbuat sesuatu.

“Justeru, dengan inisiatif yang diberikan oleh kerajaan. Iaitu model EV import sepenuhnya (CBU) masih mendapat pengecualian cukai, kita laksanakannya (pemasangan EV di China). Namun dalam masa yang sama, kami merancang untuk pemasangan tempatan (CKD),” tambahnya.

Berhubung tumpuan yang diletakkan PROTON, Roslan berkata, ia akan membuat penilaian terperinci merangkumi aspek harga, julat bateri dan fungsi yang ditawarkan.

“Ia kena seimbang antara julat bateri dan harga. Perlu membuat penilaian mengenai banyak perkara, tetapi kami akan memberikan harga yang terbaik. EV keluaran kami memfokuskan harga yang mampu milik di samping fungsi dan praktikaliti,” katanya.

PROTON PERCEPATKAN

Pada April tahun lalu, Roslan dilaporkan berkata. PROTON mempercepatkan pelan EV apabila merancang untuk memperkenalkan model tempatan pertama seawal 2025 berbanding perancangan awal pada 2027. Jom tengok sini tempat makan best . Kami ada menyediakan list-list kedai makan yang best untuk anda rasai.

Langkah mempercepatkan pengenalan model EV pertama keluaran PROTON adalah selaras dengan komitmen kerajaan yang memberi sokongan kukuh kepada perkembangan EV di Malaysia.

Roslan semasa menjadi ahli panel sesi Pelaburan dalam EV – Peluang dan Cabaran pada forum Invest Malaysia Series 2:.  The Road to EV pada masa itu mendedahkan bahawa PROTON memiliki dua model pembakaran dalaman (ICE) yang boleh ditukar kepada EV. Namun pengeluar kereta nasional itu perlu memahami pasaran, teknologi dan pelaburan sebelum memutuskan untuk menjadi sebahagian pengeluar dalam industri alaf baharu itu.

Katanya, pelan hala tuju EV PROTON telah bermula hampir 10 tahun lalu, namun tidak dapat dilaksanakan selepas mengambil kira permintaan pasaran ketika itu.

Menurut Roslan, PROTON perlu membuat perancangan rapi sebelum beralih kepada EV kerana perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk pengeluaran, pengedaran dan pemasaran.

Artikel Lain