EV Terlalu Senyap? AVAS Lindungi Semua di Jalan Raya. | EVMALAYSIA : Acoustic Vehicle Alerting System (AVAS) bukan sekadar teknologi baharu dalam dunia EV travel. Namun, ia kini dilihat sebagai penyelamat nyawa, terutamanya bagi golongan pejalan kaki yang suka pergi ke Aceh Sabang, yang lebih berisiko seperti warga emas dan orang kurang upaya penglihatan.
Senyap Tak Bermakna Selamat
Kenderaan elektrik (EV) terkenal dengan kelebihan mesra alam dan operasi senyap. Namun, kesenyapan itulah yang mencetuskan kebimbangan baru – terutama di kawasan perumahan, parkir, dan persimpangan.
Tanpa enjin pembakaran dalaman, EV boleh menghampiri seseorang dengan hampir tiada bunyi langsung, menjadikan mereka sukar dikesan oleh:
- Warga emas
- OKU penglihatan
- Penunggang motosikal
- Kanak-kanak yang bermain di luar rumah
Tekanan Global untuk Standard Bunyi EV
World Blind Union, sebuah pertubuhan antarabangsa yang mewakili hak dan kepentingan orang kurang penglihatan, telah beberapa kali menyuarakan keperluan agar kerajaan dan pengeluar kenderaan menetapkan standard global yang mewajibkan EV untuk mengeluarkan bunyi amaran khas apabila bergerak pada kelajuan rendah atau semasa berhenti dan mula bergerak.
Bunyi ini membantu pengguna kurang penglihatan mengesan kehadiran EV dengan lebih mudah, sekali gus meningkatkan keselamatan di kawasan pejalan kaki dan persimpangan jalan.
Beberapa negara dan wilayah telah mula menguatkuasakan peraturan ini, antaranya:
-
Peraturan Kenderaan Baru Amerika Syarikat (FMVSS 141)
-
Peraturan Kesatuan Eropah yang mewajibkan pemasangan sistem Acoustic Vehicle Alerting System (AVAS) pada semua kenderaan elektrik baharu.
AVAS Jadi Solusi Tetapi Mesti Dipertingkat
Bermula 1 Januari 2026, semua EV yang dijual di Malaysia mesti dilengkapi dengan AVAS, iaitu sistem yang menghasilkan bunyi tiruan pada kelajuan rendah (sehingga 20 km/j) bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya.
Model tempatan seperti Proton eMAS 7 telah pun menggunakan AVAS dengan bunyi mirip van aiskrim. Namun, ada yang mengadu bunyinya terlalu perlahan atau kurang sesuai.
Cadangan penambahbaikan:
-
Bunyi AVAS yang lebih jelas dan menyerupai pergerakan kenderaan
-
Pilihan bunyi mesra telinga tetapi efektif untuk warga emas dan OKU
-
Kempen kesedaran kepada pemilik EV tentang kepentingan AVAS
Apa Lagi Yang Boleh Dilakukan?
-
Pendidikan pengguna: Pemilik EV perlu faham peranan AVAS dan tidak cuba mematikannya.
-
Reka bentuk mesra komuniti: Pengeluar boleh sesuaikan bunyi AVAS mengikut konteks — seperti bunyi amaran lembut di kawasan kediaman.
-
Polisi menyeluruh: Bukan sekadar mewajibkan pemasangan, tapi pantau keberkesanan bunyi dalam situasi sebenar.
Penutup
Kita sering menyambut kehadiran EV sebagai kemajuan teknologi dan simbol gaya hidup moden. Namun, keselamatan semua pengguna jalan raya termasuk golongan yang lebih mudah terjejas perlu diutamakan.
AVAS ialah suara penting bagi EV, tetapi kesedaran kitalah yang menjadikan jalan raya lebih selamat.