Ini Kadar Cukai Jalan Terbaru Bagi Kenderaan Elektrik. | EV Malaysia : Cukai jalan untuk kereta elektrik (EV) di Malaysia adalah salah satu aspek penting yang perlu difahami oleh pengguna kenderaan ini. Berikut adalah maklumat terkini mengenai cukai jalan untuk kereta elektrik di Malaysia. Baru-baru ini Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan kadar bayaran bagi kereta EV.
Kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) atau kenderaan elektrik ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik. Berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata. Kadar fi baharu itu adalah 85 peratus lebih rendah berbanding kadar sedia ada yang bertujuan menggalakkan rakyat beralih kepada penggunaan kenderaan ZEV.
Loke berkata, kadar fi itu akan disemak semula setiap lima tahun sekali. Bagi memastikan keberkesanannya untuk menggalakkan peralihan kepada kenderaan bebas asap dan kesannya kepada pendapatan kerajaan.
Kadar hanya terpakai kepada kereta bateri elektrik, sel bahan api.
KADAR FI LKM
Katanya, kadar fi LKM baharu yang ditetapkan hanya terpakai kepada ZEV dalam kategori ‘Pure Battery Electric Vehicle (PBEV) dan Fuel Cell Electric Vehicle (FCEV) sahaja.
“Kadar fi akan meningkat selaras dengan kenaikan kuasa motor elektrik, secara amnya. Peningkatan kuasa motor elektrik akan mewakili peningkatan dalam harga belian, saiz, segmen dan berat kenderaan.
“Peningkatan secara progresif mengikut setiap peningkatan kuasa motor elektrik akan mengelakkan peningkatan kadar fi LKM secara mendadak dari satu kumpulan kepada kumpulan seterusnya,” katanya pada sidang media, hari ini.
Loke berkata, bagi menggalakkan peralihan kepada kenderaan tanpa pelepasan karbon. Kadar fi bagi kebanyakan kenderaan ZEV adalah lebih rendah berbanding kenderaan ‘internal combustion engine’ (ICE) (kenderaan guna minyak).
PENETAPAN BERDASARKAN KADAR BLOK
Prinsip penetapan fi dibuat berdasarkan kadar blok dengan setiap blok ditetapkan pada julat kuasa motor 100,000 Watt.
Sebagai contoh, blok 1 adalah bagi ZEV yang mempunyai kuasa motor elektrik dari satu Watt hingga 100,000 Watt, blok 2 antara 100,001 hingga 210,000 Watt dan seterusnya.
“Bagi setiap blok, akan ditetapkan had minimum dan maksimum kadar fi LKM. Sebagai contoh, kadar fi LKM bagi blok 1 adalah RM20 manakala kadar maksimum pula adalah RM70. Manakala blok 3, kadar fi minimum adalah RM305 dan maksimum pula adalah RM575,” katanya.
Bagi setiap blok, kadar kenaikan fi LKM ditetapkan secara progresif. Dengan setiap kenaikan 9,999 Watt akan dikenakan tambahan bayaran mengikut kadar kenaikan yang ditetapkan dalam blok terbabit.
Sebagai contoh, dalam blok 2, kadar minimum fi LKM pada kuasa motor elektrik 100,001 Watt ditetapkan pada RM80. Dengan kenaikan 9,999 Watt, kuasa motor elektrik seterusnya adalah pada 110,000 Watt.
“Fi LKM kuasa motor 100,001 Watt adalah RM80 dengan kadar kenaikan per blok 9,999 Watt bagi blok 2 adalah RM20. Jadi, jumlah kadar fi LKM akan dikenakan adalah bersamaan RM100.
“Sebagai contoh bagi kenderaan BYD Dolphin Premium Standard Range yang berkapasiti 130 kilo Watt (kW) akan hanya dikenakan fi LKM sebanyak RM120 berbanding kadar sedia ada bernilai RM624.
“Bagi Tesla Model Y yang berkapasiti 220kW adalah RM305 sahaja berbanding fi LKM sedia ada bernilai RM2,583,” katanya.
Loke berkata, pihaknya akan mewartakan kadar fi LKM bagi segmen kenderaan berkenaan dalam tempoh terdekat.
Jika anda nak tahu tempat percutian yang menarik boleh ke website kami :Â TEMPAT PERCUTIAN
Sumber : BH