kereta

5 Perkara Yang Anda WAJIB Tahu Sebelum Beli Kereta EV .

2024-02-10

5 Perkara Yang Anda WAJIB Tahu Sebelum Beli Kereta EV . | EV Malaysia :  Pengeluaran kenderaan elektrik (EV) sedang mengalami pertumbuhan pesat dan perlahan-lahan mula memasuki medium pengeluaran kereta arus perdana. Dunia automotif kini sedang menuju ke pengeluaran sifar emisi dan pihak pengeluar giat memperkenalkan produk EV bagi mencapai sasaran tersebut.

kereta

Sebagai pilihan alternatif kepada kenderaan dengan bahan api fosil, EV bukan saja memiliki kelebihan, tetapi juga tidak terlepas daripada kekurangan. Berikut beberapa fakta tentang pro dan kontra EV yang perlu kita ketahui.

1. Tidak boleh hanya miliki sebuah kereta

Kenderaan EV menawarkan jarak perbatuan terhad yang mana sekitar 150km. Dengan angka tersebut EV hanya sesuai untuk pemanduan dalam bandar dan jarak dekat bukannya perjalanan jauh seperti pulang ke kampung halaman atau menghadiri tugasan luar.

Tabiat memandu juga memainkan peranan kepada jarak perbatuan pemanduan, jika anda memandu dengan agresif angka jarak perjalanan akan menjadi lebih pendek.

2. Perbaiki cara pemanduan

Antara kelemahan utama yang mendatangkan masalah kepada pemilik EV adalah keupayaan mengecas kereta, tenaga bateri akan cepat menurun sekiranya anda memandu pada kelajuan tinggi.

Malah perlu merancang perjalanan dengan baik kerana infrastruktur pusat mengecas masih belum menyeluruh buat masa ini hanya tertumpu di bandar besar.

3. Perlu prasarana di rumah

Banyak yang berubah dalam tempoh dekad yang lalu dalam bidang kenderaan elektrik dan peranti pengecasan untuk EV. Cara terbaik adalah anda keluarkan modal untuk pemasangan soket mengecas di rumah kerana lebih mudah.

4. Penyelenggaraan

EV adalah sebuah kenderaan yang paling mudah untuk dijaga. Tidak ada servis berkala dan tidak perlu isi bahan api.

Kos penyelenggaraan pula nampak lebih mudah dan bersifat ekonomi disebabkan hanya beberapa komponen mekanikal perlu dijaga berbanding kenderaan enjin konvensional (petrol atau diesel).

Namun, servis tahunan masih diperlukan untuk memeriksa bahagian mekanikal lain seperti sistem suspensi, brek, pendingin hawa dan lain-lain.

5. EV terpakai antara cara terbaik

Membeli EV terpakai adalah cara paling ekonomikal ke arah penggunaan tenaga baharu automotif ini. Kebanyakan EV mempunyai sistem penyejuk yang mampu menjaga baterinya, dan mencapai jangka hayat lebih daripada 10 tahun.

 

Jika anda nak tahu tempat percutian yang menarik boleh ke website kami : TEMPAT PERCUTIAN

Artikel Lain