Pro-Net Tawar Caj EV Termurah: RM0.80/kWh Tanpa Aplikasi. Guna QR Sahaja. | Kilang kereta nasional, Proton, melalui anak syarikat tenaga mereka, Pro-Net. Telah melancarkan hab pengecas DC pertama mereka di Proton Tanjung Malim. Terletak di bangunan pentadbiran jenama tersebut.
Hab pengecas ini dilengkapi dengan dua pengecas DC (empat pancut/jenis kepala pengecas) yang mampu memberikan jumlah output stesen sehingga 120 kW iaitu 60 kW maksimum bagi setiap kepala, atau 30 kW bagi setiap kenderaan jika empat EV dicas serentak.
Hab pengecas ini terbuka untuk semua pemilik EV di Malaysia tanpa mengira jenama. Harga asas ditetapkan pada RM0.80 per kWh, yang menurut Pro-Net antara kadar paling rendah di negara ini.
KADAR PROMOSI BULAN PERTAMA
Untuk bulan pertama operasi (Oktober 2025). Kadar promosi istimewa RM0.40 per kWh akan diberikan diskaun 50% untuk tempoh promosi tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pro-Net, Zhang Qiang. Projek pengecas ini bukan sekadar kemudahan fizikal. Tetapi sebahagian daripada komitmen mereka untuk membina ekosistem EV yang lebih kukuh di Malaysia.
Dengan mengekalkan harga yang mampu milik dan penggunaan yang mudah, mereka berharap penggunaan EV akan menjadi lebih menarik kepada orang ramai.
Pro-Net memilih Tanjung Malim sebagai lokasi permulaan kerana “ia adalah tempat di mana kisah Pro-Net bermula”, menurut Zhang Qiang.
Berbeza dengan pengecas yang dikendalikan melalui pihak ketiga (CPO — Charge Point Operators). Hab pengecas baharu ini ialah infrastruktur pengecas “bersendirian” milik Proton sepenuhnya.
Pro-Net menyatakan bahawa dengan mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap rangkaian pengecasannya. Mereka dapat menjamin “kebolehjangkauan, aksesibiliti, dan pengalaman pengguna” yang lebih baik.
Salah satu ciri menarik ialah pengecas ini tidak memerlukan aplikasi mudah alih khusus untuk berfungsi. Sebaliknya, pengguna hanya perlu imbas kod QR yang terdapat pada pengecas itu untuk mengakses antara muka web, di mana mereka boleh melakukan bayaran dan memulakan pengecasan.
Pemilik Proton eMAS dan kereta Smart masih boleh terus menggunakan aplikasi mereka kerana kedua-dua aplikasi ini telah diintegrasikan sepenuhnya dengan sistem pengecas baru tersebut.
Tanjung Malim akan memainkan peranan penting dalam perjalanan elektrifikasi Proton. Selain pengecas baru ini, Proton juga akan memulakan operasi kilang EV tempatan — yang bukan sahaja akan memasang EV pertama buatan tempatan, tetapi juga mencipta peluang pekerjaan baru dan memupuk bakat tempatan dalam menyokong pertumbuhan ekosistem EV tempatan.